Jenis-jenis litar Elektronik

Litar dan komponen boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; analog dan digital. Di dalam peralatan elektrik dan elektronik, sesetengahnya hanya mengandungi satu jenis sahaja manakala yang lain mengandungi gabungan antara kedua-dua jenis litar dan komponen tersebut.

Litar Analog

Hitachi J100 casis pemacu dengan frekuensi boleh laras.

Kebanyakan peralatan elektronik analog seperti penerima radio, dibina dengan dari gabungan pelbagai jenis litar asas. Litar analog menggunakan julat voltan yang selanjar(berayun) berbanding litar digital yang menggunakan voltan tetap.[3]

Jumlah litar-litar analog yang diketahui buat masa ini adalah sangat besar, terutamanya sebuah litar boleh ditakrifkan daripada sekecil-kecil komponen tunggal hingga ke litar yang mengandungi ribuan komponen.

Litar analog juga kadangkala dipanggil sebagai litar linear walaupun kesan bukan-linear digunakan di dalam litar analog seperti di dalam litar pencampur, litar pemodulat dan lain-lain. Contoh litar analog adalah seperti ; tiub vakum, litar penguat dan litar pengayun.

Amat jarang dijumpakan litar yang sepenuhnya analog di dalam peralatan moden masa kini. Pada masa ini litar analog menggunakan litar digital mahupun pemprosesan mikro untuk meningkatkan prestasi. Litar jenis ini dikenali sebagai 'isyarat campuran' berbanding analog mahupun digital.

Litar digital

Litar digital adalah litar elektronik yang berfungsi menggunakan dua jenis voltan yang berbeza antara satu sama lain.